JENIS RON | HARGA | TREND |
---|---|---|
Minyak RON95 | RM2.05 | |
Minyak RON97 | RM3.35 | |
Minyak RON100 | RM4.50 | |
Minyak Diesel EURO 5 (B10/B20) | RM2.15 | |
Minyak Diesel EURO 5 (B7) | RM2.35 |
Harga terkini minyak petrol RON95 (27 February 2021) adalah pada kadar RM2.05 seliter
Minyak petrol RON95 mula diperkenal pada 12 Mei 2009 untuk menggantikan minyak petrol RON92 secara berperingkat. Minyak petrol RON95 mengandungi kandungan sulfur yang rendah dan kualiti yang baik berbanding minyak RON92. Minyak RON95 yang dijual ketika ini mematuhi spesifikasi EURO 2M. Pada 1 Disember 2014, harga minyak petrol RON95 diapungkan berdasarkan purata harga minyak pada bulan sebelumnya. Minyak petrol RON95 yang mematuhi spesifikasi EURO 4M sepatutnya memasuki pasaran Malaysia pada Oktober 2018 namun ditunda ke January 2020. Spesifikasi EURO 5 pula dijangka digunakan pada September 2025.
Pada 30 March 2017, harga siling minyak petrol RON95 diumum secara mingguan iaitu pada setiap Rabu dan berkuatkuasa pada hari berikutnya iaitu Khamis.
Pada 16 Mei 2018, kerajaan memutuskan harga petrol RON95 tidak lagi akan berubah secara mingguan. Kali terakhir harga petrol di tetapkan pada kadar RM2.20 iaitu sebelum pembubaran parlimen PRU14 dibuat (7 April 2018).
Pada 1 Januari 2019, kerajaan memutuskan harga petrol RON95 akan di laraskan semula secara mingguan. Walaubagaimanapun, harga siling RON95 akan dihadkan kepada RM2.20 seliter dan Diesel pada RM2.18 jika berlaku kenaikan di masa hadapan.
Pada 4 Januari 2019, kerajaan menetapkan pengumuman harga minyak RON95 akan dibuat setiap jumaat dan berkuatkuasa pada hari berikutnya, iaitu Sabtu.