myRakan.com

Harga Minyak Petrol RON92, RON95, RON97 & Diesel di Malaysia August 2018

Berikut adalah harga minyak petrol RON95 RON97 dan Diesel yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

lihat: SemuaMinyak Petrol RON92Minyak Petrol RON95Minyak Petrol RON97Minyak Petrol RON100Minyak Diesel
Harga RON95 - RM2.20, Harga RON97 - RM2.65 (↑ Naik 4 sen), Harga Diesel - RM2.18

Harga Minyak Petrol RON92 di Malaysia

Minyak petrol RON92 telah ditarik dari pasaran pada tahun 2009 dan diganti dengan minyak petrol RON95.

Harga Minyak Petrol RON95 di Malaysia

Harga terkini minyak petrol RON95 (22 March 2018) adalah pada kadar RM2.20 seliter

Minyak petrol RON95 mula diperkenal pada 12 Mei 2009 untuk menggantikan minyak petrol RON92 secara berperingkat. Minyak petrol RON95 mengandungi kandungan sulfur yang rendah dan kualiti yang baik berbanding minyak RON92. Minyak RON95 yang dijual ketika ini mematuhi spesifikasi EURO 2M. Pada 1 Disember 2014, harga minyak petrol RON95 diapungkan berdasarkan purata harga minyak pada bulan sebelumnya. Minyak petrol RON95 yang mematuhi spesifikasi EURO 4M dijangka akan memasuki pasaran Malaysia pada Oktober 2018 manakala spesifikasi EURO 5 pula pada September 2025.

Pada 30 March 2017, harga siling minyak petrol RON95 diumum secara mingguan iaitu pada setiap Rabu dan berkuatkuasa pada hari berikutnya iaitu Khamis.

Pada 16 Mei 2018, kerajaan memutuskan harga petrol RON95 tidak lagi akan berubah secara mingguan. Kali terakhir harga petrol di tetapkan pada kadar RM2.20 iaitu sebelum pembubaran parlimen PRU14 dibuat (7 April 2018).

Harga Minyak Petrol RON97 di Malaysia

Harga terkini minyak petrol RON97 (16 August 2018) adalah pada kadar RM2.65 seliter (↑ Naik 4 sen).

Harga minyak petrol RON97 telah diapungkan bermula 31 Januari 2011. Minyak petrol RON97 yang mematuhi spesifikasi EURO 4M mula diperkenal di Malaysia pada 1 September 2015 bagi menggantikan minyak petrol RON97 EURO 2M. Minyak petrol RON97 mematuhi spesifikasi EURO 5 pula dijangka digunakan sepenuh menjelang September 2025.

Pada 30 March 2017, harga siling minyak petrol RON97 diumum secara mingguan iaitu pada setiap Rabu dan berkuatkuasa pada hari berikutnya iaitu Khamis.

Pada 16 Mei 2018, kerajaan memutuskan harga petrol RON95 tidak lagi akan berubah secara mingguan. Kali terakhir harga petrol di tetapkan pada kadar RM2.47 iaitu sebelum pembubaran parlimen PRU14 dibuat pada 7 April 2018.

Bermula 7 Jun 2018, kerajaan menetapkan RON97 diapungkan kembali.

Harga Minyak Petrol RON100 di Malaysia

Harga terkini minyak petrol RON100 (12 April 2018) adalah pada kadar RM3.08 seliter

Pada 15 Januari 2016, Petron telah melancarkan minyak petrol gred RON100 dipasaran Malaysia. Minyak petrol RON100 ini mematuhi spesifikasi EURO 4M. Minyak ini mula dijual pada harga RM2.80. Harga minyak petrol RON100 adalah tidak dikawal.

Harga Minyak Diesel di Malaysia

Harga terkini minyak Diesel (22 March 2018) adalah pada kadar RM2.18 seliter
Harga Terkini Minyak Diesel Euro5 (22 March 2018) adalah pada kadar RM2.28 seliter

Diesel gred EURO 5 mula diperkenal di Malaysia pada November 2014 oleh BHPetrol. Dikatakan diesel gred EURO 5 adalah lebih sesuai digunakan kerana enjin model2 kereta diesel yang terkini dibangunkan berasaskan gred diesel yang tinggi. Jadi keupayaan optimum enjin hanya boleh dicapai menggunakan minyak gred yang lebih tinggi. Pada ketika ini, hanya diesel gred EURO 2 mudah diperolehi di stesen2 minyak di Malaysia. Diesel gred EURO 5 pertama kalinya diperkenal di Malaysia oleh BHPetrol pada pertengahan November 2014 di Johor. Diesel EURO 5 dijangka akan digunakan sepenuhnya menjelang September 2020.

Pada 30 March 2017, harga minyak Diesel diumum secara mingguan iaitu pada setiap Rabu dan berkuatkuasa pada hari berikutnya iaitu Khamis.

Pada 16 Mei 2018, kerajaan memutuskan harga petrol Diesel tidak lagi akan berubah secara mingguan. Kali terakhir harga petrol di tetapkan pada kadar RM2.18 (dan RM2.28 bagi Diesel Euro 5) iaitu sebelum pembubaran parlimen PRU14 dibuat (7 April 2018).

Pengunjung - 119,148 orang
Kemaskini pada:
Pautan lain: Kadar Cukai JalanKalkulator ASBKalendar Cuti UmumKalkulator KeretaSejarah Dividen Tabung HajiKomuniti myRakanKalkulator Dividen KWSPPRS FrekuensiPerubahan Harga PetrolWaktu Solat